Tuesday, July 21, 2009

LAWATAN KERJAYA KE UNIVERSITY OF NOTTINGHAM

Lawatan ke University Of Nottingham kampus Malaysia telah diadakan pada 20 Jun 2009 yang disertai seramai 40 orang pelajar dengan diiringi oleh Cikgu Salwani. Para pelajar diberikan taklimat mengenai kemasukkan ke university tersebut disamping peluang kerjaya melalui program yang ditawarkan.

Monday, July 20, 2009

LAWATAN KE KUALA GANDAH

Lawatan sambil belajar ke Kuala Gandah, Temerloh telah disertai seramai 77 orang pelajar diiringi oleh Cikgu Zuraidah pada 20 Jun 2009. Objektif program ini bertujuan memberi ruang kepada pelajar melihat dengan lebih dekat berkenaan dengan habitat haiwan yang semakin pupus dewasa ini. Secara tidak langsung lawatan ini telah mewujudkan kesedaran kepada para pelajar agar memelihatan flora dan fauna di negara tercinnta Malaysia ini.

BIO CAREER FAIR & EXHIBITION

Lawatan ke KLCC pada 25 April disertai seramai 36 orang pelajar diiringi Cikgu Adha dan Cikgu Aziera merupakan antara program yang disertai oleh Jabatan Sains MRSM Bentong. Program ini bertujuan memberi ruang kepada pelajar melihat prospek kerjaya dalam bidang sains.

RUMAH ANAK YATIM AL-IKHSAN DAERAH BENTONG

Program kemasyarakatan ini telah diadakan pada 18 April 2009 yang mana ia telah disertai seramai 20 orang pelajar diiringi oleh kaunselor MRSM Bentong. Program ini merupakan salah satu elemen yang ingin diterapkan oleh MRSM Bentong bagi mewujudkan semangat dan kesedaran pelajar dalam kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti diadakan seperti gotong-royong, sukaneka dan lain-lain lagi.

LAWATAN KE PUSAT SERENTI KARAK

Lawatan ke Pusat Serenti Karak telah diadakan pada 17 April 2009 dan disertai seramai 27 orang pelajar diiringi oleh Cikgu Surya dan Cikgu Suriani. Lawatan sambil belajar ini bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan sistem yang diamalkan oleh pihak penjara. Selain itu juga melalui lawatan ini dapat mewujudkan kesederan kepada pelajar terhadap hukuman yang dikenekan kepada mereka yang menyalahi peraturan negara.

ROMBONGAN KE SEPANG

Pada 4 April 2009 seramai 76 orang pelajar MRSM Bentong diiringi oleh Cikgu Hasnizan dan Cikgu Yazid telah ke Sepang bagi menyaksikan Formula 1 Malaysia 2009. Pendedahan tersebut telah membuka ruang kepada pelajar bagi mengetahui dengan lebih dekat sukan yang berprestij itu. Para pelajar juga dibawa melawat ke show room bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci disamping bergambar untuk kenang-kenangan.

PROGRAM BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA

Program bersama angkasawan negara ini telah diadakan di MRSM Kuala Kubu Bharu yang mana ia telah disertai seramai 30 orang pelajar dari MRSM Bentong. Program ini telah diadakan pada 4 April 2009 yang diketuai oleh Cikgu Mohd Fahmi. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat maklumat berkaitan dengan angkasa sekaligus dapat beramah mesra dengan bekas pelajar MRSM yang juga angkasawan negara.